Pengenalan Inbound Marketing - iamesfair

iamesfair

Blog mengenai Inbound Marketing (Pemasaran Inbound) Dapatkan tip tip internet marketing dan trend laman web terkini.

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Pengenalan Inbound Marketing

Inbound Marketing Malaysia

Inbound Marketing (Pemasaran Inbound)

Betul tak kalau saya katakan 'Behaviour' membeli-belah sekarang ni, telah berubah! Pada masa sekarang ni, semuanya tentang Viral Content? Fake News? Hmm.. Nak kena viral ke? Sebagai pemilik perniagaan dialaf ini, soalan yang seharusnya anda bertanya adalah, 
"Di mana boleh, bakal pelanggan mencari saya/perniagaan saya?"
Pemasaran Inbound banyak memberi tumpuan kepada usaha 'menarik atau emikat prospek' yang disasar untuk perniagaan anda. Ia juga menumpukan usaha untuk menjadikan mereka pelanggan yang berpuas hati dan seterusnya menjadi pengikut tegar jenama anda.

OUTBOUND : Pembelian Iklan, Pembelian Senarai Emel dan juga banyak berdoa agar Leads atau Prospek muncul.

INBOUND : Rekabentuk Laman serta Kandungan Berkualiti, Menarik Pelanggan ke servis dan produk dimana pelanggan secara semulajadi inginkan atau mencari.





Tindakan Pemasaran Inbound Adalah..

1. Attract - Menarik/Memikat

Sebagai pemilik perniagaan jangan pula kita arahkan agensi pemasaran anda membeli trafik melulu ke laman web kami, kami inginkan trafik yang betul. Trafik yang disasar kerana kami mahu orang yang ke laman kami itu nanti antara orang yang berpotensi menjadi prospek. Sentiasa ingat matlamat utama setiap laman perniagaan kita tu ok. Dan pastikan pula strategi pemasaran akan menjadikan prospek itu pelanggan berpuas hati dan gembira. 

Siapakah orang yang betul tu? Siapa pula pelanggan ideal kami atau 'Buyer Persona' kami tu? Your personas are the people around whom your whole business is built upon. 

Antara teknik teknik penting untuk menarik maupun memikat pengguna yang betul ke laman web anda adalah dengan cara cara dibawah ini:

Blogging- Blog adalah cara yang terbaik untuk menarik pengunjung baru ke laman web anda. Dalam usaha anda untuk dijumpai oleh bakal pelanggan yang betul, seelok-eloknya anda perlu menyediakan 'content' yang berciri pendidikan dan yang menjawab persoalan pengunjung.

SEO- Kebiasaannya pelanggan akan memulakan proses pembelian online dengan menggunakan enjin carian untuk mencari sesuatu yang tengah mereka persoalkan. Jadi, anda perlu memastikan yang anda berada ditempat dan masa yang tepat apabila mereka sedang membuat pencarian. Untuk itu, anda perlu memilih kata kunci secara analytical dengan sebaik mungkin. Anda juga harus mengoptimumkan halaman anda, reka 'content' atau kandungan berkualiti, dan mula bina hubungan sekitar syarat-syarat pencarian si pembeli ideal anda.

Publishing- Strategi sosial inbound yang berjaya merangkumi kandungan yang luar biasa. Penerbitan kandungan ke platform sosial membolehkan anda berkongsi maklumat perniagaan anda, ia juga membolehkan sesebuah perniagaan berinteraksi dengan prospek. (yang penting di persada sosial ini.. sesebuah perniagaan harus menonjolkan elemen 'kemanusiaan' (emotional) dalam sesuatu jenama.

2. Convert - Tukar dari pengunjung ke prospek

Sebaik sahaja anda telah menarik pelawat laman web, langkah seterusnya adalah untuk menukarkan pengunjung menjadi prospek (lead) dengan mengumpul maklumat mereka. (contact)  Sekurang-kurangnya, anda perlukan alamat e-mel mereka. 

Di perantaraan Pemasaran Internet, maklumat kenalan merupakan mata wang yang paling berharga. 

Tanyalah mana mana pemasar online. Jadi untuk seseorang pengunjung itu dengan relanya untuk memberikan maklumat, anda perlu menawarkan sesuatu sebagai balasan. 

Balasan atau "pembayarannya" berbentuk 'content' atau kandungan, seperti eBook, white papers, atau tip tip. (Sebenarnya apa sahaja maklumat yang akan menarik serta dianggap berharga kepada setiap 'Buyer Persona' anda, anda boleh tawarkan)

Antara cara yang paling penting dalam langkah menukarkan pelawat menjadi prospek adalah:

Forms- Untuk pelawat menjadi prospek, mereka perlu mengisi borang dan mengemukakan maklumat mereka. Kami berpendapat untuk mempermudahkan langkah proses penukaran ini borang anda itu seharusnya dioptimumkan.

CTA- Butang tindakan adalah butang atau pautan yang menggalakkan pelawat anda untuk mengambil tindakan, seperti "Muat turun Ebook" atau "Hadir Webinar Saya". Sekiranya anda tidak mempunyai butang tindakan atau ianya tidak menarik, anda tidak akan menjana lead.

Landing Pages - Apabila seorang pengunjung laman web klik pada butang tindakan anda, mereka perlu dihantar ke halaman arahan. Di halaman pendaratan (landing pages) inilah tawaran anda tadi mesti dipenuhi, (ertinya adakan maklumat lanjutannya dihalaman ini). Disini jugalah nanti di mana prospek anda akan mengemukakan maklumat mereka pada pasukan jualan anda yang boleh digunakan untuk memulakan perbualan dengan mereka apabila dihubungi nanti.

Kenalan - Dengan teknologi pemasaran sedia ada anda boleh jejaki prospek anda dari pemantauan data. Apabila kesemua data anda berada dalam satu tempat, setiap interaksi anda dengan kenalan anda akan memberi anda 'petanda' bagaimana untuk berhubung dengan kenalan anda ini. Anda boleh berhubung dengan beliau melalui e-mel, halaman arahan, media sosial, atau sebaliknya - data juga akan memberitahu anda bagaimana untuk mengoptimumkan interaksi masa depan anda untuk melakukan proses penarikan, penukaran, pengenalan dan menggembirakan pembeli anda ini dengan lebih berkesan.

Tutup
Baik apa pula seterusnya? Anda telah menarik pelawat yang betul dan juga telah 'convert' prospek anda secara yang betul, sekarang anda perlu pula harus mengubah mereka (prospek itu tadi) menjadi pelanggan. 

Bagaimana pula cara paling berkesan untuk mencapai matlamat ini? Aplikasikan strategi strategi pemasaran pada peringkat ini untuk memastikan anda membuat 'close' dan mencapai matlamat pada masa-masa yang betul.

3. Close 

CRM- (Customer Relationship Management) membolehkan and jejaki semua kenalan, dan tawaran yang ada dalam perancangan anda itu dengan mudah. Ia menyenangkan perhubungan dengan prospek yang betul pada masa yang tepat. Sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) memudahkan jualan dengan memastikan anda perolehi maklumat yang tepat di hujung jari anda, sistem ini juga boleh memberi indikasi untuk anda supaya lebih melibatkan diri dengan prospek di setiap peringkat inbound.

Loop Reporting - Apakah indikasi bahawa usaha pemasaran anda membawa prospek yang baik? Adakah pasukan jualan anda telah 'close' di masa terbaik dan adakah ianya berkesan? Persoalan ini semua ada jawapannya apabila anda integrasikan sistem CRM dalam strategi pemasaran perniagaan anda kerana anda boleh membuat analisa antara pasukan pemasaran dan pasukan jualan anda.

E-mel- Apa yang akan anda lakukan jika pengunjung laman anda klik pada butang tindakkan anda, isi maklumat di halaman arahan anda, muat turun semua ebook anda tetapi masih belum bersedia untuk melanggan? Kami berpendapat memulakan siri e-mel yang memberi tumpuan kepada kandungan yang berguna dan relevan boleh membina kepercayaan dengan prospek dan membantu mereka , mereka akan membeli apabila bersedia.

Automation Marketing - Proses ini mewujudkan pemasaran e-mel. Sebagai contoh, jika pengunjung memuat turun ebook mengenai topik tertentu daripada anda pada masa lalu, anda mungkin ingin menghantar emel yang berkaitan dengan topik itu.

4. Delight

Seperti yang diterangkan diatas Cara Inbound memang pertekankan pada menyediakan 'content' kandungan yang luar biasa untuk pengguna, sama ada mereka pelawat, maupun pelanggan yang sedia ada. Jangan pula lupa tentang seseorang selepas mereka telah melanggan! Perniagaan yang mempraktikan cara Inbound akan terus melibatkan diri dengan, memberi kegembiraan berterusan pada pelanggan sediaada kerana mereka pasti pelanggan yang gembira adalah promoter syarikat yang paling berkesan.

Antara 'Tools' yang digunakan untuk menggembirakan pelanggan termasuk:

Surveys- Ini mungkin cara terbaik untuk anda memahami apa yang pengguna anda perlu. Anda hanya perlu meminta maklumat ini dari mereka. Guna pula maklum balas dan tinjauan ini untuk memastikan anda menyediakan pelanggan dengan apa yang mereka cari.

Monitoring- Anda harus mendengar perbualan sosial pelanggan dengan mengguna platform sosial. Dengar segala soalan pelanggan anda, komen, suka, dan tidak mereka- dan dekati mereka dengan kandungan yang relevan.

These days people want to learn before they buy...

Did you find the info useful? Help me share the content on your social platforms. Thank you for reading.



Post Bottom Ad

loading...