Apakah maksud Keyword? - iamesfair

iamesfair

Blog mengenai Inbound Marketing (Pemasaran Inbound) Dapatkan tip tip internet marketing dan trend laman web terkini.

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Apakah maksud Keyword?

Apakah maksud Keyword? Macamana ia membantu Laman Web Saya? Apadia tu SEO? dan apa pula Keywords?


SEO dan Keyword bagaikan kulit dan kuku, jika anda terlibat didunia laman web dan perniagaan secara online, anda pasti kenal akan perkataan perkataan itu.

SEO adalah ringkasan buat "Search Engine Optimisation" , yang membawa andaian "lakaran laman" supaya dijumpai oleh enjin carian. 

Kenapa ini penting? Simply, kerana laman enjin inilah yang akan menghantar traffic yang banyak secara percuma! (Syaratnya anda punyai reka laman yang betul) Soalnya tidakkah anda mahukan laman yang di optimasi kan?

Keywords adalah ayat yang digunakan untuk menamakan ayat ayat yang digunakan oleh seseorang apabila membuat carian di kotak carian enjin carian. 

Keywords adalah antara 'tools' yang digunakan untuk melakar/reka sesebuah laman supaya laman itu sedia untuk enjin carian. Keyword adalah ayat (ataupun perkataan) yang digunakan didalam kandungan 'content' laman anda

CONTOH : Google membuat carian di laman anda dan terus mengambil kira kesemua perkataan penting ini. Kandungan di laman anda akan keluar apabila suatu pencarian yang merangkumi keywords itu setanding dengan apa yang terkandung dilaman anda. Lagi tinggi 'rank' anda bermaksud lagi senang anda berada di tangga atas pencarian.  

Mengapa pula Keywords ini penting? Keywords memainkan peranan yang besar bagi sesebuah laman di 'rank' kan oleh Google. Berhenti sebentar dan fikir...siapa tak mahu laman mereka di muka surat pertama pencarian Google? Exposurenya besar, percuma pulak tu! Ingin saya tekankan disini membuat Website yang 'betul' pun tidak akan dapatkan anda terus ke muka pertama carian Google dalam masa 24jam TETAPI saya pasti dengan mengoptimumkan laman anda akan meningkat dalam ranking carian.

Anda tidak boleh menipu sistem, Jangan pula penuhkan kandungan anda dengan keyword sepenuhnya kerana sistem enjin carian agak pandai dan cara sebegini tidak membantu langsung. Write in the most natural way , include your keywords dan pastikan kena pada topik penulisan anda. Penting Keywords ini kerana ia menentukan samaada anda dapat bantuan Google atau enjin carian lain atau tidak. Secara peribadi saya memang mengalu alukan kelebihan trafik percuma. Anda pula bagaimana? Saya alu alukan perbincangan maupun persoalan anda. Tidak pun bantu saya sebarkan maklumat ini di laman sosial anda

Tip : GOOGLE suka pada laman yang kerap dikemas kinikan, jadi lagi banyak 'content' yang baru anda kedepankan ke laman anda lagi bagus untuk carian di GOOGLE. Enjin pencarian ini pentingkan 'relevancy' dan memberi carian yang terbaik untuk pengguna.  

Tip 2 : Ada banyak 'keyword tools' yang boleh membantu dalam research sendiri carilah yang works best for you. Google punyai keyword tool mereka tersendiri dan yang ianya paling popular. Cuba Google Adwords, ia boleh memberitahu anda maklumat atas kegunaan sesuatu ayat itu.

Tip 3 : Pastikan anda menggunakan 'keyword' pilihan anda didalam Tajuk, dan ayat pendahuluan kandungan laman anda tu!

.

Terima Kasih kerana meluangkan masa, Salam Sukses yang berterusan buat anda.







Post Bottom Ad

loading...