Perubahan dan Menggunakan Strategi Inbound

Keupayaan Strategi Inbound dan Bagaimana Untuk Meraih Manfaat

Pemasaran inbound berada pada kedudukan yang unik untuk berurusan di masa hadapan. Jadi ambil kesempatan ini dan pelajari atau aplikasikan strategi inbound segera ke perniagaan anda sebab kadar perubahan dalam taktik pemasaran ketika ini amat cepat!

Keupayaan anda untuk mendalami strategi pengoptimuman carian laman (menggunakan enjin pencarian) untuk pemanduan pengunjung kelaman, dan kemudiannya menjadikan mereka prospek perniagaan anda cukup kritikal untuk tahun ini.

Anda boleh pelajari lebih mengenai 'Optimized Websites' ataupun Muat Turun sahaja Ebook saya. Jika anda belum lagi mengenali perubahan dinamik hari ini  apa kata anda mula secepat mungkin, kerana tidak lama selepas anda terbitkan atau tubuhkan sesuatu itu online, anda akan sedar bahawa, sebenarnya tidak ramai yang dapat mencari perniagaan anda.

Ketika ini, sudah Tidak mencukupi untuk berada di muka pertama laman carian (SERP)

Semua orang mahukan perniagaan, atau produk dan servis mereka di halaman pertama Google. Page 2 is a Ghost Town! Ok...perasan tak anda jika anda menanyakan apa apa di rangkaian teknologi semuanya menyampaikan SATU hasil. Saya cuba terangkan teknologi yang kini memandu perubahan ini :-

Anda Pernah guna Google Glass? Jika anda menggunakannya anda tahu ia sangat bagus dengan memberi pencarian dan, ia selalunya memberi cuma (1) satu hasil pencarian.

Lagi, Alexa (Echo) : Alexa akan menjawab soalan anda juga mendapat maklumat untuk anda dan membantu anda menguruskan hari anda. Produk terkini AMAZON juga menyampaikan cara yang serupa, Tanya sahaja dan anda akan mendapat satu jawapan, bukan lagi halaman penuh dengan 'potensi'.

Mungkin paling 'friendly' atau biasa kedengaran adalah SIRI. Jika anda menanyakan soalan ianya akan menjawab dengan maklumat, mungkin juga menyediakan pautan kepada beberapa sumber yang berguna untuk anda. Tetapi seperti diatas satu soalan satu jawapan. Aplikasi Google untuk mobile anda juga begitu, tanya satu soalan dan dapat satu jawapan. My POINT : Dunia 'pencarian' berubah dengan cukup pantas dan anda perlu menjadi JAWAPAN yang Satu itu, jika anda mahu ditemui apabila seseorang itu punyai soalan.


Kuasa Peranti Di Tangan

Google telah melaporkan bahawa data mereka menunjukkan, lebih dari separuh daripada semua carian dimulakan pada peranti di Tangan (Mobile/Handheld Devices). Tidak Harian kerana kami semua menggunakan alat peranti untuk mencari maklumat/produk atau servis. Jadi, jika syarikat anda, perniagaan anda tidak 'bersedia' untuk dijumpai oleh alat alat peranti ataupun kandungan dilaman anda tidak 'mesra' atau jika laman anda tidak direka untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa, maka perniagaan / syarikat anda akan terus terkeluar dari senarai 'preferred' search.

Mungkin lebih malang dari itu, perniagaan anda juga 'not in the game' Aduh! kerana Google telah memutuskan untuk tidak menunjukkan laman yang tidak responsif kepada pengguna yang mencari di peranti mudah alih. Ini bermakna sebenarnya anda terus GHAIB dari mata bakal bakal pelanggan anda.

Sekarang, penting untuk laman web anda berada pada telefon, tablet dan pelbagai peranti. Agak penting untuk anda membelanja sedikit masa dan duit untuk menjadikan rekabentuk laman web anda, dan blog anda berstrategi. Juga luangkan masa untuk memastikan kandungan di laman dan pengalaman yang anda berikan di alat peranti sama hebat atau lagi hebat dari pengalaman mengguna laptop.


Akhir Kata Ini Tip Saya : MULAKAN PERUBAHAN HARI INI - Percaya atau tidak, cara untuk memastikan kedudukan anda dalam 'dunia baru' pemasaran ini adalah untuk menjawab soalan. Anda akan sedar kebanyakkan yang ber'Ranking' tinggi di carian semua keluar dengan menjawab persoalan persoalan -- contoh: Apakah pemasaran inbound? Apakah jualan inbound? Apakah pemasaran ? Apabila anda menaip 'pemasaran inbound', 'jualan inbound' atau 'pemasaran', halaman yang tinggi adalah dari mereka yang menjawab soalan-soalan ini.

Yaaa...inshaalah, ini adalah model ATAU strategi pemasaran yang anda perlu cari untuk perniagaan anda.

Apa soalan yang orang biasa bertanya? tentang produk atau servis anda, dan bagaimana pula anda menjawab soalan-soalan itu?

Adakah anda mendapati kandungan blog ini berguna? Bantu saya dalam menyebarkan kesedaran di rangkaian sosial anda. Terima Kasih Daun Keladi...

Salam Sukses Berterusan















Reena Mohamed
Inbound Marketing Malaysia

 Content Marketing Tips

<< MUAT TURUN PERCUMA : TIP SAYA





Dapatkan Resources & Must Reads


0 comments:

Catat Ulasan