Memulakan Laman Web Dengan Pelaburan Yang Sangat Minimum. - iamesfair

iamesfair

Blog mengenai Inbound Marketing (Pemasaran Inbound) Dapatkan tip tip internet marketing dan trend laman web terkini.

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Jumaat, 3 Februari 2017

Memulakan Laman Web Dengan Pelaburan Yang Sangat Minimum.


Reka Laman Web Sendiri, Pelaburan Minimum

Antara Perkara yang harus anda persoalkan sebelum membuat Laman Web Sendiri


Sebelum anda membina sendiri laman web pertama anda, Tanya diri soalan ini, apa yang boleh saya tawarkan kepada pelawat saya? Apakah strategi saya untuk mendapatkan wang daripada laman web saya? Bolehkah saya mengeluarkan kandungan untuk laman web saya dengan mudah? Adakah saya tahu topik saya dengan baik? Bolehkah saya menjawab soalan soalan pelawat saya nanti? Bolehkah nanti laman web saya di lakar oleh enjin carian google dan enjin carian lain?

Sebelum anda memulakan laman web, anda perlu tahu topik anda dan senarai kata kunci anda, yes saya dah kata tadi, kata kunci..saya akan ulangi lagi , anda perlu tahu topik dan kata kunci. (keyword)

Keyword

Kata-kata anda penting! Kerana pilihan yang kurang baik akan melambatkan kejayaan aktiviti online anda! Anda inginkan dan perlukan kata kunci yang akan memberi anda pendahuluan di carian enjin. Spend time on Keyword Research. Saya menggunakan servis ini, yang membenarkan saya memberi data pada pelanggan saya, tetapi jika anda ingin guna servis percuma cuba Keyword Tool.


Inginkan Cara Mudah Mencari Kata Kunci Terbaik Untuk Ranking di Google?

Click Here 



Hosting & Domain

Bila anda sudah mempunyai kata kunci, maka sudah tiba masanya pula untuk membeli domain dan hosting. Saya menggunakan, EzWebz , Godaddy, Zoho, Bluehost dan Weebly untuk membeli semua domain saya, jika anda berkenan mengguna syarkat di Malaysia cuba cynet atau just simple . mereka antara syarikat di Malaysia yang memberi  perkhidmatan hosting web yang dipercayai.

Semua platform ini mudah untuk digunakan. Jika anda mempunyai masalah mengintegrasikan wordpress atau blogger anda pada host, anda boleh hubungi saya dan saya akan melakukannya.

Monetize

Tahniah! Dah anda sekarang mempunyai laman sediri pastikan anda penuh kan laman dengan kandungan yang unik, ia akan mengambil sedikit masa sebelum anda mula dapatkan pendapatan pasif  tapi anda boleh bermula dengan 3 laman yang dipercayai ini untuk digunakan dalam usaha menjana wang dari laman anda; adsense, amazon dan clickbank.

Jangan lupa 'submit' laman anda ke enjin carian dan mulakan proses mendapatkan ranking kata kunci anda di enjin carian google, yahoo, bing dan lain-lain ..

Jika anda mempunyai masalah kedudukan untuk kata kunci anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda juga boleh hubungi kami. Saya atau rakan kerja akan cuba menjawab persoalan anda dalam masa 48 jam.




Post Bottom Ad

loading...