Selasa, 7 Februari 2017

Berniaga Ke? Bakal Pelanggan boleh jumpa produk dan perkhidmatan anda?

Bakal Pelanggan...mereka tahu anda berniaga ke?

Rasanya terbaca online terdapat kira kira 2.4billion orang yang menggunakan internet seluruh dunia. Maksudnya anda boleh menggunakan Internet untuk mendekati ramai orang lah tu, 2.4billion lebih kurang 35% daripada penduduk dunia. Kata rencana statistik lagi, dari 2.4 billion itu, kira kira 1.7 bilion orang menggunakan Internet setiap hari. Bukan kah sudah tiba masanya perniagaan anda berada online? Ini saya kongsikan 3 sebab anda tidak boleh endahkan, tentang kusasa internet ;

Berniaga online tapi tiada pelanggan

 1. Dengan menggunakan kuasa internet anda boleh menonjolkan syarikat atau jenama anda dan bakal pelanggan boleh jumpa produk dan perkhidmatan anda. Pernah terfikir tidak, kenapa agaknya perniagaan selalau mengeluarkan iklan di papan iklan? ataupun membeli ruang iklan di surat khabar, majalah, dan TV? Kadang kadang mereka melakukan ini walaupun mereka tidak menjual produk atau perkhidmatan tertentu. Sebab utamanya pengiklanan sedemikian diadakan adalah untuk memberitahu khalayak ramai bahawa perniagaan mereka wujud, dengan harapan apabila orang mempunyai sesuatu yang mereka perlukan dari niche atau industri itu, mereka akan sentiasa memikirkan jenama yang dipaparkan.

Pengiklanan secara 'online' bermula dari laman web anda. Inilah 'papan iklan' anda.

2. Dengan adanya 'online presence' anda boleh memberitahu orang mengenai produk dan perkhidmatan anda. Bezanya dengan papan iklan, cetakan iklan, dan rancangan TV, pengiklanan online tiada had maxima masa dan tempat . Anda boleh kedepankan bermacam macam tawaran pada bakal pelanggan. Bukan sahaja maklumat anda juga boleh tawarkan, gambar, manual, buku, contest, quiz, voucher dan pelbagai maklumat untuk mereka membaca. Anda boleh memberi bakal pelanggan, kesedaran tentang manfaat dan butir-butir lain produk dan perkhidmatan anda tiap tiap hari tiap tiap jam. 24/7

 3. Internet memberi anda peluang berinteraksi dengan bakal pelanggan anda. Tidak seperti pengiklanan tradisional, pengiklanan online memberi peluang hubungan dua hala dengan bakal pelanggan. Anda boleh mendengar dari mereka secara langsung, dan anda punyai akses untuk menanyakan apa yang mereka mahu. Anda juga boleh mengkaji tingkah laku mereka di laman web anda untuk mengetahui produk dan perkhidmatan mana yang paling popular dengan mereka dan anda juga boleh menjual terus kepada mereka.

Jual Beli secara online memang popular, dan bukan lagi dianggap sesuatu yang baru. Malah, kira-kira 48% pengguna online Malaysia , menggunakan Internet untuk tujuan membeli-belah. Sebagai pemilik perniagaan persoalan yang anda harus tanyakan konsultan reka laman anda  adalah :

"bagaimana bakal pelanggan saya boleh jumpa produk dan perkhidmatan perniagaan saya? Jenama saya boleh dilihat online ke? " 

Yes, memang terdapat perbezaan ketara antara perniagaan yang boleh dilihat online dan yang hanya mempunyai kehadiran online. Ianya seperti mempunyai sebuah kedai di bahagian yang paling sibuk di bandar banding yang jauh dipinggir bandar.

Guna SEO didalam perancangan pembinaan laman web anda. Jangan lupa, berbilion-bilion orang menggunakan internet dan jika anda belum lagi menggunakan SEO untuk membantu anda dalam carian enjin, maka sudah tiba masanya anda lakukan demikian.

Mohon majukan artikel ini ke laman sosial anda, harapan kami agar ia memberi manfaat pada yang membaca.


Location: Malaysia

1 ulasan:

  1. Terbaik..saya serta newsletter, dan dapat free evaluation laman, free manual nak tanya boleh jumpa tak..

    BalasPadam