Sabtu, 28 Januari 2017

Apa maksud Lead Nurturing dalam Pemasaran Inbound



Dalam post saya semalam, Kesukaran Mendapat Pelanggan Online saya mengatakan bahawa Pengunjung akan membeli dari anda sekiranya mereka suka dan percayai anda. Hokay..soalan yang saya nak tanya disini, macamana perniagaan atau anda sendiri nak menarik minat mereka? How are you going to make, complete strangers to like you? your business your service and/or your product?

Pak Abu, datang dari Singapura, katanya pisang goreng kat Malaysia ni memang sedap sangat, jadi touch down nak visit family, Pak Abu  mencari pisang goreng special untuk makan petang bersama mereka, kena pulak dengan anda si pengeluar hebat goreng pisang 'crispy'. How can you? where should you be ? To solve Abu's problem of looking for goreng pisang? Takkan nak tunggu kat airport kot? (Boleh kalau dia pre-order dari Singapura lagi).  Katakan anda belum lagi mula service pre-order dan delivery ini jadi, Pak Abu harus ke gerai anda betul? But why your gerai? Not Pn.Ramlah  (your competitor) . Answer is simple you are on Google Maps for  "Malaysia's Best  - Fried Crispy Banana Fritters", Pak Abu boleh cari, boleh call buat tempahan. Entah macamana entah your anak sedara  , dah setting baik gerai goreng pisang on Google Business and Google Maps. Kan senang? you solved Pak Abu's problem he 'liked' that you were easy to find on his search, under Goreng Pisang Crispy nearest to me.

Walaupun produk anda terbaik satu dunia ni, kalau bakal pembeli  (Pak Abu) tak boleh jumpa, tiada gunanya pun. Jadi kesimpulan senang, untuk membuat pengunjung laman online membeli dari anda, pastikan anda selesaikan masaalah mereka. Sudah tentu contoh diatas bukan sesuai untuk semua jenis perniagaan, kerana setiap perniagaan atau setiap industri, will have different approaches to strategi pemasaran diaorang.

Yang penting wujudkan dulu Strategi, sebelum penggunaan taktik.

Antara Prinsip Pemasaran Inbound adalah menggunakan teknik/taktik pemasaran online untuk menjalankan strategi perniagaan. Pendekatan kepada prinsip 'menarik' dan 'memikat' Inbound antara banyak banyak strategi memberi keputusan yang cukup berkesan. Ingat , bahawa anda tidak akan tahu, bila masa anda dapat selesai kan masaalah bakal pembeli, jadi proses 'memikat' ini, on going je selalu.

Lain pengunjung lain pula masaalah, sebagai perniagaan online anda harus konsisten dalam memberi penyelesaian. Kerana apabila mereka bersedia untuk membeli, mereka sudah kenali anda , mereka kenali perniagaan anda, dan mereka akan percayai anda untuk uruskan pembelian mereka.

Lead Nurturing

Sebuah strategi pemasaran yang jaya adalah, yang memberi perhatian terhadap proses ini. Kerana bahagian ini penting dan ianya khusus untuk membina hubungan dengan bakal pembeli, yang mungkin datang dari pelbagai saluran. Proses in juga membantu pemasar untuk berkomunikasi secara konsisten dengan bakal pembeli sepanjang kitaran 'funnel'. Yes dari interaksi pertama mereka dengan anda sehinggalah mereka bersedia untuk membeli.




Jangan lupa bakal pembeli sekarang ini bukan boleh dapat semalaman. Mereka perlukan info, didikkan dari masa ke semasa, untuk membina kepercayaan. Ingat juga 'Lead Nurturing' bukan usaha untuk menjual apa-apa. Kerana sebaik sahaja anda cuba untuk menjual, meminta temujanji, jadual panggilan, memberi diskaun atau menghantar apa apa yang tidak berkenan, anda berisiko dan boleh merosakkan peluang mendapatkan prospek ini untuk berurusan dengan servis anda atau membeli produk anda .

Orang tidak mahu anda jual apa apa  kepada mereka. Mereka mahu dididik dan mereka memerlukan seseorang yang boleh menasihatkan mereka dan selalunya, Mereka Mahu diberi Pertolongan.

Apa yang mereka mahu adalah : Apabila membuat keputusan untuk membeli, ianya selamat dan dari pembekal atau peniaga yang dipercayai. Untuk membantu pasukan sales (jualan) anda untuk membuat 'close sale',  mereka perlu sokongan pasukan pemasaran dalam bentuk lead nurturing. Sebagai pemilik atau pengusaha perniagaan anda harus sediakan atau pelajari proses ini dan sediakan 'material' untuk membolehkan mereka sentiasa berkomunikasi. Apa pula material ni? Nanti akan saya perkenalkan dalam post post yang akan datang. Jangan pula ketinggalan ye.

Salam sukses berterusan.

Location: Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan