Anda Tidak akan dapat pelanggan baru secara online! Jangan kata akak tak payung... - iamesfair

iamesfair

Blog mengenai Inbound Marketing (Pemasaran Inbound) Dapatkan tip tip internet marketing dan trend laman web terkini.

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Khamis, 11 Ogos 2016

Anda Tidak akan dapat pelanggan baru secara online! Jangan kata akak tak payung...

Inginkan Trafik Kelaman ? Check out how easy SEO can be here



Tak kira , samaada anda sudah mempunyai kedai online yang 'lama' ke atau anda baru berhijrah dengan e-dagang. Anda tidak akan berjaya melainkan anda boleh menarik pelanggan untuk e-perniagaan anda.

Yes indah khabar dari rupa. Maaf jika saya katakan disini, Jangan terpedaya dengan 'kesenangan' perniagaan online. Untuk mendapatkan pengguna atau pelanggan secara online sebenarnya sukar dan memerlukan masa. Ia perlu penilaian tinggi dan strategy yang mantap. Untuk menjadikan proses ini lebih mudah, untuk anda , cuba include 5 cara yang pada pandangan saya paling berkesan (tried and tested) yang akan membantu anda mendapat banyak trafik tanpa mengeluarkan bajet yang besar. Check it out!

1. Laman Web indah dan berfungsi!

Perkara Utama. Tanya diri samaada laman web anda menarik tidak? berfungsi tidak? NEWSFLASH Reka bentuk sesebuah 'kedai' dalam talian amat penting, kerana jika tidak , maaf sekali lagi saya katakan hanya pelanggan yang kurang menarik akan 'klik 'sahaja.  Kurang menarik bermaksud tidak berinteraksi, tidak akan membeli. Sedarlah wahai teman teman usahawan, bahawa keputusan pembelian pengguna, secara kebiasaanya dibuat selepas 3 saat berada di laman web anda - FIRST IMPRESSIONS WEIGHS HEAVY FOR ONLINE TRANSACTIONS. Jika pelanggan tidak suka, mereka tidak akan membeli apa-apa dan tidak akan kembali lagi. Pastikan anda memberi tumpuan terhadap sesebuah reka bentuk laman. Segi psychology pembelian tidak akan saya sentuhi disini kerana topiknya cukup luas. BUT one key psychology factor which triggers a purchase is : "kedai" yang cantik dianggap lebih dipercayai dan boleh dipercayai. (Weird but, its a widely acceptable fact)

2. Media Sosial

Media sosial cukup unik, ia adalah salah satu saluran yang membolehkan anda membuat promosi secara percuma. Sudah tentu, jika anda menerbitkan iklan di kalangan rangkaian, media sosial anda akan membayarnya, tetapi menghidupkan 'kedai' anda didalam rangkaian semata-mata adalah percuma, dan jika diaplikasikan dengan strategy ia bermanfaat juga!

Kunci kejayaan dalam media sosial adalah untuk menyediakan kandungan yang menakjubkan. Kandungan anda atau sesebuah jenama itu perlu "menarik" perlu "cemerlang", supaya orang ingin mengikuti anda. Jika anda berjaya melakukannya, anda akan mempunyai saluran pemasaran yang cukup hebat tanpa sebarang perbelanjaan kewangan.

Apa sebenarnya yang perlu anda lakukan untuk menarik pelanggan menggunakan media sosial?


  • Post Kerap - sekurang-kurangnya setiap hari, jadi pelanggan tidak lupa tentang anda. (Cari Keseimbangannya jangan post kerana terpaksa) 
  • Engage dengan pengguna anda: bertanya soalan kepada mereka, balas komen mereka, cuba untuk menangkap perhatian mereka (be sosial lah)
  • Pilih saluran yang terbaik untuk perniagaan anda, tetapi sentiasa memberi tumpuan kepada Facebook dan Pinterest, kerana kedua rangkaian ini memandu lalu lintas yang baik ke kedai-kedai online (FB: 55%; Pinterest: 25%) 
  • Penggunaan grafik - post post yang disertai imej biasanya mendapat lebih penglibatan daripada orang ramai. 

3.Khidmat Pelanggan 

Satu lagi perkara yang akan membantu anda menarik ramai pengguna adalah penjagaan teliti terhadap pelanggan anda. Sentiasa ingat: Tiada promosi yang lebih hebat daripada pelanggan yang berpuas hati. Cuba luangkan masa dan tenaga dan cari cara yang memberi pengalaman ketika membeli di kedai anda itu sesuatu yang luar biasa. Pengguna Online biasanya akan meninggalkan transaksi dalam talian jika soalan atau kebimbangan mereka tidak ditangani dengan segera, bermakna jika anda ingin menarik pelanggan, anda perlu membalas semua komen dan pertanyaan mereka dengan secepat yang mungkin. Tindak balas yang cepat adalah kunci kepada kejayaan dalam perkara ini. Ambil contoh layanan khidmat pelanggan Tesco, Baca disini

Ingat! Jangan pandang rendah kesan khidmat pelanggan.
(Yes, bukan produk sahaja keutamaan, Pengalaman seseorang ketika berada dilaman atau kedai anda menentukan pembelian) Dengan itu, pastikan semua pelanggan anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda berikan. Lebih baik, jika anda boleh membantu dengan cekap. Saya pasti anda akan melihat lebih ramai pelanggan datang. Percayalah, jangan terkejut dengan kehebatan dan kuasa pemasaran mulut.

4. Promosi

Bukankah kita semua suka promo dan diskaun? terutama apabila sekarang ini, dimana harga barang semuanya mahal? Again the psychology behind this is a huge topic, whats important to share here is that perkataan "PERCUMA" memberi keseronokkan yang merangsang emosi yang positif.  We want positif emotions when customers visit our online shop and/or websites. Contoh yang paling senang dan sering kali digunakan adalah untuk menawarkan kepada pelanggan "penghantaran percuma"

Cara yang anda boleh gunakan di kedai online untuk menarik pelanggan, adalah untuk menawarkan penghantaran percuma. Ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan pelanggan membeli lebih banyak produk daripada yang mereka rancang. Disini anda memberikan nilai dan juga penghargaan kepada pelanggan, kebiasaanya ia juga boleh menjana lebih jualan.

Contoh lain : mengedarkan kupon diskaun.Terbaik diberi kepada pelanggan baru, supaya mereka didorongi untuk membuat pembelian pertama mereka. Juga elok disyorkan kepada pelanggan setia memberi mereka tawaran khas seperti "Beli 2, dapatkan ketiga secara percuma". Semua ini akan membuat pelanggan anda merasa istimewa dan menggalakkan mereka untuk membeli-belah di laman/kedai anda.


5. Pemasaran E-mel

Point terakhir hari ini, tetapi tidak kurang hebatnya adalah pemasaran e-mel. Ia adalah penyelesaian yang murah dan berkesan untuk menarik pelanggan. Mengulangi survey yang dijalankan oleh Epsilon mengenai "Branding" : 54% orang mempunyai sikap yang lebih positif terhadap syarikat-syarikat yang e-mel kepada mereka dan apa yang lebih hebat, 71% daripada responden ini menyatakan bahawa ketika membeli-belah mereka selalu ingat e-mel yang syarikat hantar kepada mereka. Keputusan survey ini, mengesahkan kepentingan pemasaran e-mel dalam strategy pemasaran keselurahan anda.

Beberapa idea yang sering diperlihatkan hari ini adalah :

  1. menghantar emel tentang produk baru
  2. menghantar emel mengenai jualan dan promo
  3. menghantar emel selepas pembelian dengan produk "recommendation" supaya orang ramai tidak sabar untuk membuat pembelian yang lain
  4. menghantar emel kepada pelanggan yang telah tidak aktif di kedai anda untuk seketika dengan kupon diskaun untuk membuat mereka kembali semula kelaman web anda
  5. menghantar beberapa tips atau stylizations yang berkaitan dengan produk anda - cara ini anda akan memberi inspirasi kepada orang ramai dan membawa mereka melawat kedai anda

Tadaa...!! See , anda tidak perlu berjuta-jutaan untuk menarik pelanggan ke kedai online anda. Perkara yang paling Utama buat usahawan online adalah kreativiti. Jadi lah seseorang yang kreatif dan pelajari saluran yang betul untuk digunakan. Baik Sekarang anda sudah punyai pengetahuan, langsungkan perjuangan dan mula mempromosikan kedai anda! Be fantastic anda pasti boleh. Yakin diri, tangga kejayaan :)

Semoga berjaya! Salam Sukses Berterusan.
Adakah kandungan ini membantu? Bantu saya like and share this in all your platforms.

Post Bottom Ad

loading...